Friday, January 8, 2010

WISH BIRTHDAY

PERNAHKAH terlintas di fikiran korang?
IBU adalah manusia yang paling penyayang di atas muka bumi ini. Sejak kita lahir di dalam perut ibu kita, sejak mak kita tanggung kita 9 bulan, 9 hari ibu dah jaga kita nak tak nak. Ibu sanggup menahan lapar dengan berpantang, juga berhabis duit sebab nak beli makanan yang best-best untuk kita. Setiap kali mengidam pula, ibu tidak membiarkan anak kecil di dalam perut itu berterusan merengek. Walaupun duit takda sangat, sanggup pegi pinjam kat man-mana semata-mata nak bagi kita makan, membesar dalam perut. Pastu baca ayat-ayat Quran, nk bagi kita pandai sume. Tapi kalau kita besar still jadi macam setan taktau lah.

Bukan takat tu je penderitaan seorang ibu. Ibu diuji lagi. Boleh dikatakan setiap hari ibu mengangkat jasad kita ke mana sahaja ibu pergi. Kandungan yang semakin membesar itu hanya diangkat dengan menggunakan lapisan-lapisan perut yg pada logik akal manusia, perut bukanlah berfungsi untuk mengangkat barang. Tapi ibu mampu melakukannya tanpa bantuan daripada sesiapa!

Perjuangan ibu masih belum selesai! Ibu kita pulak struggle nak lahirkan kita ke dunia ni bertarung hebat secara sengit dengan nyawa dia sendiri. Sebab nak bagi kita hidup kat dunia, bagi peluang kat kita untuk beribadah pada Tuhan, bagi kita peluang untuk balas jasanya.

Bila time Birthday kita pulak, ibu akan berebut-rebut untuk menjadi orang first yang wish kalimah 'HAPPY BIRTHDAY'. Ibu sudah set parti best nak meraikan anak kesayangannya. Ibu kita struggle nak masak macam-macam, nak beli macam-macam. Ibu nak raikannya bersama anaknya. Ibu tahu si anak lebih seronok menyambutnya dengan kawan-kawan, dengan teman istimewa. Ibu juga ingin menjadi salah satu insan yang teristimewa di hati anak. Sebab itu, ibu sanggup melakukan apa sahaja untuk memaknakan Birthday anaknya.

Sehingga begitu sekali keperitan yang ibu tanggungi. Bermula daripada semasa melahirkan kita, sehinggalah kita sudah bergelar dewasa. Kita masih lupa pada pengorbanan ibu. Kita sebenarnya manusia terkutuk penuh hina yang langsung tidak reti menghargai. 'HAPPY BIRTHDAY'! Kalimah yang langsung tidak layak diucapkan untuk kita, seorang anak yang tidak pernah berkorban apa-apa untuk ibunya. Selayaknya, hanya ibu yang diberi penghargaan dan anugerah 'UCAPAN HAPPY BIRTHDAY' kerana ibu lah yang sakit dan bersusah payah melahirkan kita ke dunia ini. Tetapi di hari yang penuh bermakna itu, kita pula yang meminta-minta. Nak itu, nak ini. Nak hadiah tu, nak hadiah ni. Kadang-kadang tu, bila permintaan tidak dipenuhi, muka masam dan muncung yang akan dihadiahkan buat si ibu. Lepas tu merajuk, taknak bercakap dengan ibu kita sendiri kan?

Dan bila anak lebih seronok menyambutnya dengan kawan-kawan, dengan teman istimewa, ibu pula keseorangan duduk di birai katil. Gambar-gambar kita sewaktu kecil ibu tatap dengan seluruh sebak di dalam hati.

So adik-adik jangan la harapkan sangat orang wish birthday kita, sebaiknya pergilah cium mak-mak, ibu-ibu semua sbb pada hari tu lah dia struggle lahirkan kita, rasa sakit yg amat sangat setelah mati. tarikh lahir kita tu bukan lah penting untuk kita tapi penting untuk ibu, tarikh ibu kita bersabung nyawa melahirkan kita.

Saturday, January 2, 2010

IBU

Masa usia setahun , ibu suapkan makanan dan memandikan kita. Cara kita ucapkan terima kasih kepadanya hanyalah dengan menangis sepanjang malam. Saat usia 2 tahun, ibu mengajar kita bermain. Kita ucapkan terima kasih dengan lari sambil tertawa terkekeh-kekeh apabila dipanggil. Ketika usia 3 tahun, ibu menyediakan makanan dengan penuh kasih sayang.Kita ucapkan terima kasih dengan menumpahkan makanan.

Masuk usia 4-5 tahun, ibu belikan pensil warna dan pakaian. Kita ucapkan terima kasih dengan menconteng dinding dan bergolek atas lantai kotor. Saat usia 6 tahun, ibu memimpin tangan kita ke Tadika.Kita ucapkan terima kasih dengan menjerit," Tak mahu! Tak mahu !". Ketika usia 7 tahun, ibu belikan sebiji bola, kita ucapkan terima kasih dengan memecahkan cermin rumah jiran. Setelah usia 8-9 tahun, ibu menghantar kita ke sekolah, kita ucapkan terima kasih dengan ponteng sekolah.

Di usia 10-11 tahun, ibu menghabiskan masa sehari suntuk dengan kita,kita ucapkan terima kasih dengan tidak bertegur sapa dan asyik bermain dengan kawan.

Menjelang usia 13 tahun, ibu suruh pakai pakaian menutup aurat, kita ucapkan terima kasih dengan memberitahu bahawa pakaian itu ketinggalan zaman. Ketika menjangkau 18 tahun, ibu menangis apabila tahu kita di terima masuk universiti , kita ucapkan terima kasih dengan bersuka ria bersama kawan-kawan. Menjelang usia 20 tahun, ibu bertanya apakah kita ada teman istimewa, kita katakan,...." itu bukan urusan ibu.

Setelah usia 25 tahun, ibu bersusah payah menanggung perbelanjaan perkahwinan kita, ibu menangis dan memberitahu bahawa dia sangat sayangkan kita, tanda kita ucapkan terima kasih dengan pindah jauh darinya. Ketika usia 30 tahun, ibu menelefon memberi nasihat mengenai penjagaan bayi, kita dengan megah berkata,... " itu dulu , sekarang zaman moden".

Ketika usia meningkat 40 tahun, ibu menelefon mengingatkan tentang kenduri di kampung, kita berkata, " kami sibuk...tak ada masa nak datang ". Menjelang usia 50 tahun, ibu jatuh sakit dan meminta kita menjaganya.

Kita bercerita tentang kesibukan dan kisah-kisah ibu bapa yang menjadi beban bagi anak-anak. Dan kemudian suatu hari...kita mendapat berita ibu meninggal, khabar itu mengejutkan.... dalam linangan air mata, segala perbuatan terhadap ibu muncul dalam ingatan satu persatu....

Saat di taman kanak-kanak, ibu menghantar hingga masuk ke dalam kelas,ibu perlu menunggu di sebelah sana. Aku tak peduli sebanyak manapun pekerjaannya di rumah, aku tak perduli hujan, panas atau rasa bosannya ketika menunggu. Aku senang ibu menungguku sampai lonceng berbunyi. Setelah besar, aku sering meninggalkannya bermain dengan teman-teman dan berseronok.Tak pernah aku menemani ibu ketika sakit, ketika ibu memerlukan pertolongan aku tak pernah ada. Masuk alam remaja, aku sering merasa malu berjalan bersama ibu. Pakaian dan dandannyaku anggap kuno dan tak serasi dengan penampilanku. Bahkan sering kali aku sengaja mendahuluinya berjalan satu dua meter di depannya agar orang tak menyangka aku bersamanya... malu!..

Padahal ibu yang menjagaku sejak kecil, tak pernah memikirkan penampilannya, tak pernah membeli pakaian baru , apalagi perhiasan baru untuknya tapi ibu gunakan untuk membelikanku pakaian yang bagus-bagus agar aku kelihatan cantik. Ibu mengangkat tubuhku ketika aku jatuh, membasuh luka di kaki dan mendekapku erat-erat saat aku menangis.

Mulai masuk di Intitut pengajiaan tinggi, aku makin jauh dengannya. Aku pintar dan cerdas sering kali menganggap ibu orang bodoh dan tak mengerti apa-apa. Ibu yang ku anggap bodoh, tak berwawasan , tak mengerti apa-apa, dan bukan orang berpendidikan, doa di setiap sujudnya, pengorbanan dan cintanya tak pernah terhenti sedetikpun untuk anak-anaknya.

Semua kenangan itu muncul satu persatu di fikiranku. Dalam linangan air mata yang sudah terlambat, terus mengalir kedukaan dan penyesalan.

Dan anda sekarang yang masih mempunyai ibu disamping. Benar bahawa kasih Ibu kepada
anaknya tak terbatas pengorbanan ibu jika dihitung takkan terbalas oleh seorang anak.

I WON'T DO THIS TO YOU MOM! I LOVE YOU ALWAYS. I LOVE YOU MORE THAN ANYTHING.



Thursday, December 31, 2009

KOLEJ

Taknakkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkk Balikkkkkkkkkkkkkkkkkkkk

GAMBAR

TAHUN BARU

Esok adalah hari terakhir,
Tahun baru akan menjelang,
Kurangkan bercakap banyakkan berfikir,
Wawasan baru di tahun mendatang.

Hari ini orang ramai celebrate new year. Yelah sebab nak masuk tahun baru 2010. Tapi, hari ini ramai text aku. Tapi sorry, baki prabayar aku kosong kot. Habis sudah. Lama tidak di top up. Malas rasanya.

Kenapa orang suka sambut tahun baru Barat daripada sambut tahun baru Islam? Awal Muharram hari tu rasa macam hambar je. Tiada bacaan Al-Quran di kaca televisyen. Tapi, tahun baru 2010 penuh dengan konsert yang penuh dengan lagha dan maksiat. Hari Asyura pun beberapa kerat sahaja yang tau kot.

Sedih :((((((

Wednesday, December 30, 2009

CINTA PANTAI MERDEKA



Dengar lagu ini, teringat zaman sekoloah rendah. Hurm :((((((((((

KELAS 2010

Laptop baru siap, entah kenapa semalam tosak tetibe. Nak post kat blog un macam terganggu. Sekarang ni bilik bersepah, habuk disana-sini. Memang hari ini macam tiada emosi untuk diri aku tetapi hanya ada untuk ibu ku. Melayan dia sahaja. Lagi beberapa hari untuk ke 3 Januari 2010. Tarikh yang aku benci. Tarikh pulang ke kolej. Terasa macam sayu untuk tinggalkan rumah. Aku terasa macam ada orang lain dalam diri aku yang meronta-ronta untuk keluar.

waaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa :(

Tengok status kebanyakkan pelajar TEKA,
'tak sabar nak jumpa rakan-rakan puncak'. Aku pulak tak rasa macam tu. Kalau rumah dekat macam Farrah mesti best kan. Hari-hari boleh balik. Rasa macam senang je. Kalau rumah jauh, rindu dari jauh saja lah. Hari tu memang dah buat persiapan nak pindah pun tapi mama tak dapat pindah KL. Abah dah lama pindah sana pun. Kerja sana. Kesian mama tinggal sorang-sorang kat sini. Sedih kot. Tapi nak try minta juga nanti pindah bulan 6. Bak kata mama.

Semalam tengok jadual kelas. Pack sangat! Jadual tidur aku macam kena susun balik. Mula-mula, aku start ambil pen dan kertas. Semangat nak tulis jadual kelas next semester. Bila dah siap. Ughh! Pack gilaaaaaa :(

Aku buang saja kertas jadual tu. Next semester nak salin balik. Terpaksa lah jalani hidup penuh busy ini. Ye lah dulu koku macam malam-malam ke, petang-petang ke. Sekarang ini, macam nak sumbat je semua. Rasa menyesal masauk fast track menyelubungi diri. Kalau masuk Kolej Mara Seremban pun takpe. Aku salah seorang yang terpilih dari ratusan. Yang terpilih 25 orang sahaja. Pelajar sana pun dah siap nak pergi Australia. STOP! Yang ungkit yang dah lepas. Bye!

Dah takda mood :(

Monday, December 28, 2009

GAMBAR

FRIEND



Owww, lagu tentang sahabat. Mahukah anda memilik liriknya? Carilah sendiri. Haha.

Ini lirik versi Bahasa Inggeris.

I don't have to worry anymore, cause you will be by my side when I cry
You always smile at me
I am blessed because you always shine before me
Things that we have missed hastily at time, that's the way it is
Faces that always being looked at
Forever hugging each other
Your smile has helped me endless time, you know
Thank you thank you Best Friend

These plenty happiness that I felt at this moment
All the friends that I have here, you the best present
I am blessed because you always be by our side
Surely things that I have accomplished here, those things too give me strength (change to strength)
Faces that always being looked at
Forever hugging each other
All of your smile has helped me endless time, you know
Thank you thank you Best Friend

Things that we have missed hastily at time, that's the way it is
Faces that always being looked at
Forever hugging each other
Your smile has helped me endless time, you know
Thank you thank you Best Friend

Always always always my Best Friend

Sunday, December 27, 2009

SOMBONG

Siapa yang cakap aku sombong ha? Memang nak kena ni. Aku bukan sombong pun cuma aku rasa diri aku ni inferior sangat. Dah pasti dah mesti lepas ni ramai budak-budak AC110 akan mengecam aku sebab cakap aku inferior. Tapi, sebetulnya begitu. Tanya lah mama aku, selalukan aku keluar? Macam orang lain selalu saja keluar. Lepak sana, lepak sini. Aku duduk di rumah, tengok TV. Kadang-kadang teringin juga mau lepak-lepak sama kawan-kawan baru.


Aku ni macam malu nak bercakap dengan orang yang baru kenal. Lepas tu, rasa macam tak selesa sangat. Macam ada dinosaur dalam baju aku. Ye lah dalam internet memang lah aku agak kecoh tapi kalu berhadapan pula lain macam nya. Dalam internet kan kita tak berjumpa, kau tak nampak aku, aku tak nampak kau. Jadi aku macam berani lah. Kalau depan-depan pulak malu lah aku; kau semua perfect. Kulit mulus, tinggi, kurus, putih. Aku pula hodoh. Ugh, tak berani aku nak keluar bilik. Kat puncak pun sama tau! Aku balik kelas terus masuk bilik. Kemudian, duduk dalam lama-lama. Tak join pun budak-budak rumah lepak-lepak kat luar.

Dulu kat sekolah Ibarahim, memang lah aku wanted kot. Cikgu-cikgu semua kalau boleh tak nak masuk 5 SN3 sebab pelajrnya kebanyakkan buas and bising. Aku pulak banyak cakap. Yelah kawan dari Tingkatan Satu. Kalau kat puncak pula, macam x berani saja nak tegur sebab semua nya good-looking.

:(

So kalau aku tak tegur atau aku malu-malu jangan lah cakap aku sombong okay? Tak sombong pun. Cuma 'low self-esteem' saja. Waaaaaaaaaa.

Gambar


Pokok Krismas warna pink best tak? Huh! Krismas pun tak celebrate. Kadang-kadang pelik juga dengan orang Islam kan. Bukan kita tak boleh celebrate Krismas ke? tapi kenapa ada juga yang masih ke party Krismas Eve lepas tu dengan bangganya cerita kat orang?

Pelikkan? Apa pendapat kamu semua?

Lapaq!

Sambil menonton CSI, tibe2 aku pergi ke dapur nak tengok ada lagi tak lempeng kelapa yang aku buat dengan mak aku tadi ada lagi atau tak. Tapi dengan harapan palsu, lempeng dah habis, terdetik di fikiran nak buat lagi tapi tepung dah habis. Dalam pukul 3 pagi ni, kedai mana yang masih jual tepung? 7e kah? Tapi dengan gulai daging ada lagi. Perut dah mula kru krak, padah marahkan mak aku tadi sebab dia suruh aku masak nasi tapi aku malas.


Dalam peti ais banyak lagi lauk-pauk siang tadi yang tak habis. Hmm, boleh buat nasi campur ni yang macam orang korea suka makan tu. Campur semua! Aku amik periuk nasi. Masukkan beras secukup rasa, pastu letak air banyak. Tunggu la sampai periuk bunyi 'beep' then pegi la cek.

Uhm, x jadi nasi tapi jadi bubur. Bubur pun bubur lah, aku masukkan telur, lauk asam pedas, sambal sotong dan masak lemak. Gaul2 lepas tu masak kejap. bila masak aku makan. Sedap lah juga kan. Not bad, kadang-kadang bila mama tido, tak ada siapa nak memasak, dapur ni macam aku punya. Macam Nigella Bites dan Naked Chef kan.

Kalau buka channel 707 kat Astro mesti nak tengok Naked Chef, dulu mula-mula tengok sebab ingat kan dia betul naked tapi tak. Naked sebab dia memasak tanpa perancangan kot. Main bedal je. Tapi best juga la. Yang mana resepi dia yang dia letak wine tu jangan lah try.

Esok mama, nak masak kuih apam beras. Tadi amik resepi kat Chef Hanieliza. Hmm, perut dah kenyang mata pun mengantuk. TV aku biarkan on supaya mama tak ingat aku on internet 24-7. Nak tido lah. Korang ada resepi lain tak yang boleh di masak malam-malam? Pastu nak makan ape yang senang?

Spotted!

Your One And Only Source Into The Scandalous Lives Of Manhattan's Elite.

Spotted!
Fazli Akmal is not celebrating his damn birthday.

That's A Secret I'll Never Tell.

You Know You Love Me.

X.O.X.O., Gossip Biatch!

Dear Santa,


Dear Santa,
Since this year we're celebrating christmas, I want a grand piano just like this one.
Pleaseee since I've been such a goood boy for 2009!

Sincerely,

Ayie

Monday, November 30, 2009

Catalogues

Fill your holiday by reading this book. Here you can read about things that will make your fingers tickle.





p/s:DONOTCOMMENT

Friday, October 2, 2009

puasa

pejam celik, pejam celik. alhamdulillah boleh lagi celik. dah seminggu kite bersekolah selepas cuti raye. brp syawal x igt. lg brp minggu lg nk hbs syawal, so puasa enam masih lagi tertangguh dua hari actually sehari, haritu dh puasa dh. actually x plan pun nk puasa; but ATM problem and x de duit nk mkn so puase lah.

berbuka di BIG PLATE.. .

lagi 3 minggu nk final; sblm final pun byk rintangan dgn kerja2.mlsnye. then nk g vacation kelas. entah jd x. then nk g vacation family. then vacation kwn sekolah. bestnyeeer. kalau aku bdk penulisan kan best boleh update blog selalu. ahha


due date

05/10 - submit scrap book MKT
08/10 - submit LAW take home test
10/10 - test FAR
12/10 - test TAX
13/10 - speaking test BEL
14/10 - test MKT
15/10 - final term paper
16/10 - test MAF
20/10 - speaking test
26/10 - finals

my hectic schedule for upcoming weeks. so, im enjoying my life to the fullest now :)

Saturday, September 26, 2009

I can't talk much about my situation. We have been texting like 2 years, calling each other with silly names but I cant talk about it. Coco did it for me :)



Sorry!

hello!
sorry guys lame x post, coz i din remember my password for my bloggy :) but aku dh hack balik. so now i can blog. btw, happy hari raya. have a great raya and please drive safe when u r balik-ing kampung.

Wednesday, July 22, 2009

Today

Well before I slaving myself with books, I definitely wanted to spend some time with friends! Of course it started off it turned into a boys night out. Harry Potter was a must and I was soo stoked to go and see it! I hadn't even read the book but it didn't matter. I went with mates to the TGV in Satu Utama. Anyhow, the seat does not meet satisfy me and kids were having fun in the cinema making noise but I'm not. Overall I thought it was decent but they did too much chopping out important aspects of the movie. We then went for some dinner. It was delicious and a lot of fun and I definitely can't wait to do it again! Oh also, its megasale so that allowed me some flexibility when it came to hanging out with friends even I am not went shopping :P

Friday, July 10, 2009

pfft;

bila pulak aku? grr; i'm soo pissed off with myself! grr,

Saturday, July 4, 2009

Puncak!

aku peliklah kenapa kawan2 aku takde tulis pun kt blog pasal malas balik puncak? hehe; mesti tak sabarsabar kan korang? haih penat betul pack barang!

Thursday, July 2, 2009

Now I know How


Fazli Akmal

Mari Bersembahyang



Sedihnya, sgt sayu and sangat menyedarkan. Solat itu tiang agama. If tak solat ibarat minum milo tanpa milo. Kosong je. Barangsiapa yang mengabaikan solat secara berjemaah maka Allah S.W.T akan mengenakan 12 tindakan yang merbahaya ke atasnya.

Tiga darinya akan dirasainya semasa di dunia ini antaranya :-

· Allah S.W.T akan menghilangkan berkat dari usahanya dan begitu juga terhadap rezekinya.
· Allah S.W.T mencabut nur orang-orang mukmin daripadanya.
· Dia akan dibenci oleh orang-orang yang beriman.

Tiga macam bahaya adalah ketika dia hendak mati, antaranya :

· Ruh dicabut ketika dia di dalam keadaan yang sangat haus walaupun ia telah meminum seluruh air laut.
· Dia akan merasa yang amat pedih ketika ruh dicabut keluar.
· Dia akan dirisaukan akan hilang imannya.

Tiga macam bahaya yang akan dihadapinya ketika berada di dalam kubur, antaranya :-

· Dia akan merasa susah terhadap pertanyaan malaikat mungkar dan nakir yang sangat menggerunkan.
· Kuburnya akan menjadi cukup gelap.
· Kuburnya akan menghimpit sehingga semua tulang rusuknya berkumpul (seperti jari bertemu jari).

Tiga lagi azab nanti di hari kiamat, antaranya :

· Hisab ke atsanya menjadi sangat berat.
· Allah S.W.T sangat murka kepadanya.
· Allah S.W.T akan menyiksanya dengan api neraka.


Wednesday, July 1, 2009

Tek

1. If you can be an animal, what will you be ?
phyton, nnt org amik buat kasut. kelass :)

2. If you robbed a bank, what do you want to do with the money ?
go out of space, and invest

3. If you can teleport yourself anywhere in the world, where do you want to be ? why ?
mekah; hahahha. dapat sucikan diri :) so jd mcm newborn lah

4. If you know that you're dying, what is the last meal that you want ? why ?
erm, masakan mama kot. pegi victoria station pun x sedap mcm mama

5. If you can only kill someone in this world, who is the person ? why ?
adalaaa, tamau sebut kang aku diserang :)

6. If you can choose either to have more than 24 hours a day or can live more than 100 years, what is your choice ? why ?
takmau la. hidup lamalama dosa makin byk

7. If you can date a celebrities, who is that person ? why ?
The Olsen sister, Paris Hilton, and Erin Lauder.
BeautiFOOL, Rich and Fashion Icon :)

8. If you can only have one thing in this world, what should that be ? why ?
Thing? ntah

9. If you have the opportunity to tag 8 friends, who are they ? why ?
dont' to tag anybody, so link closed!